Monday, November 5, 2007

PERASMIAN PUSAT AKSES SK TASIK DAMAI



Pusat Akses SK Tasik Damai terletak berhadapan dengan pusat sumber sekolah. Pusat Akses ini merupakan 'Cyber Cafe' bagi sekolah ini di mana seluruh warga sekolah boleh menggunakannya. Pusat Akses ini telah dirasmikan oleh Dato' Hj Nazri ADUN Manjoi.

PROGRAM HARI MESRA ILMU 2007

Program 'Hari Mesra Ilmu' 2007, merupakan program terbesar yang diadakan oleh pihak sekolah sepanjang tahun 2007. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi membeli kamus untuk murid-murid dalam membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris murid-murid. Antara akviti yang dirancang pada hari ini ialah :
* Pertandingan mewarna
* Demonstrasi oleh Pasukan Bomba
* Cabutan bertuah
* Demonstrasi Masakan oleh Chef terkenal iaitu Chef Faizal Ng
* Jualan buku
* Promosi produk oleh Jabatan Pertanian, Bank-bank dan syarikat insurans.
* Jualan makanan dan minuman oleh ibu bapa murid-murid
* Pameran Pendidikan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Perak
* Pemeriksaan Kesihatan secara percuma kepada pengunjung yang berminat.

Pada hari ini juga SK Tasik Damai telah mencatatkan sejarah di mana 'Pusat Akses' telah dirasmikan oleh Dato' Hj Nazri ADUN Manjoi.

BERSAMA 'KUNTUM'

Majalah 'KUNTUM' merupakan majalah yang disukai ramai. Langganan pertama majalah 'KUNTUM' bagi sekolah ini adalah seramai 40 orang ahli. Bagi menarik minat membaca di kalangan murid-murid SK Tasik Damai, pihak sekolah telah mengadakan aktiviti bersama KUNTUM. Dalam lawatan krew-krew majalah KUNTUM, maskot 'SI COMEL' telah datang bagi memeriahkan lagi aktiviti dan program ini. Aktiviti yang dilakukan pada hari ini adalah mempromosikan majalah KUNTUM, kuiz serta sesi bergambar bersama murid-murid dan guru-guru SK Tasik Damai.

AKHBAR DALAM DARJAH BERSAMA BERITA HARIAN

Bagi membantu murid-murid Tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR, guru-guru tahun 6 telah memilih akhbar Berita Harian untuk mengadakan aktiviti Akhbar Dalam Darjah. Setiap hari Isnin semua murid Tahun 6 melanggan akhbar ini untuk digunakan di dalam kelas.

BENGKEL FAIL TEGAK 2007

PSS SK Tasik Damai mengadakan bengkel 'Penghasilan Fail Tegak' untuk murid-murid Tahun 6 selepas mereka menduduki UPSR. Bengkel ini mempunyai dua objektif. Selain daripada mengadakan aktiviti untuk murid-murid tahun 6, ia juga bertujuan untuk menambah koleksi Fail Tegak di PSS SK Tasik Damai. Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan pusat sumber yang sangat bermanfaat kerana murid-murid diajar cara-cara mencari maklumat daripada akhbar-akhbar.

Sunday, November 4, 2007

KEM CELIK ICT



1 November 2007

Seramai 6 orang murid dari tahun 4 dan 5 telah dipilih bagi menyertai 'Kem Celik ICT' yang diadakan di Kem Dato Sagor. Program ini diadakan selama seminggu bermula dari 1 Nov hingga 7 Nov 2007. Perbagai aktiviti telah dirancang bagi mendedahkan murid dengan kemahiran ICT.Murid-murid yang dihantar menyertai ke 'Kem Celik ICT' ini akan dilantik menjadi AJK Pusat Akses Sekolah, bagi membantu guru-guru menggalakkan penggunaan Pusat Akses Sekolah di kalangan murid-murid. Mereka diharapkan dapat mengembangkan ilmu yang diperolehi kepada kawan-kawan di sekolah nanti.

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH


7 November 2007
Add Image
Sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah SK Tasik Damai diadakan. Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi memeriahkan lagi sambutan hari kanak-kanak. Antaranya ialah persembahan murid-murid, penyampaian sijil anugerah NILAM, jamuan murid dan lain-lain lagi.